Resam penamaan dalam industri X86-64

Oleh kerana AMD64 dan Intel 64 secara asasnya serupa, kebanyakan produk perisian serta perkakasan menggunakan istilah tanpa nama vendor bagi menunjukkan bahawa produk tersebut serasi dengan mana-mana pelaksanaan. Nama asal "x86-64" yang diberikan oleh AMD, kadang-kala masih digunakan untuk tujuan ini, sama seperti "x86_64". Syarikat lain seperti Microsoft dan Sun Microsystems (kini Oracle Corporation) menggunakan "x64" dalam bahan pemasaran mereka.

Kebanyakan sistem pengendalian dan produk, khususnya yang menyokong x86-64 sebelum penyertaan Intel dalam pasaran, menggunakan istilah "AMD64" atau "amd64" bagi merujuk kepada kedua-dua AMD64 dan Intel 64.